Tuesday, February 12, 2013

PEMILIHAN PEMAIN MSSD PP



Pemilihan ini telah dijalanakan pada hari sabtu minggu pertama persekolahan sesi 2013 semalam. Peserta adalah  terdiri dari pemain kelas catur sekolah yang diadakan setiap sabtu dari jam 8.30 pagi sehingga 10.30 pagi.  Seramai 22 orang peserta telah menyertai pemiliahan ini, namun yang terpilih hanyalah 16 orang sahaja sebagai pemain kepada  “team catur”  untuk MSSD 2013.  

Pemilihan ini telah berlangsung selama  4 jam yang bertempat di kelas 6 Beruas. Pemainan bermula dari pukul 8.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari  yang melibatkan 5 pusingan.  Setiap mata yang dikumpul telah di catat dan di kira oleh Pn Rosimah sebagai hakim untuk menilai  setiap pasanagn pemain.

Keputusan pemilihan peserta untuk bermain pada MSSD 2013  kategori bawah 12 tahun diumumkan selepas pusingan ke-5 permaianan.  Keputusan adalah muktamat. Tahniah kepada pesrta yang terpilih iaitu:-

1)       Muhammad Faqih Aminuddin

2)       Fahim Al-Faqeh Saleh

3)       Raja Bazil Bot Raja Badli

4)       Muhammad Ilham Qayyum Mohd Najib

5)       Ghurupathy A/L  Ambigabathy

6)       Muhammad Shahir Mohd Shalihuddin

7)       Amier Arief Mohd Jalani

8)       Muhammad Afif Dzul Zulkepli

9)       Raja Bazilah Bot Raja Badli

10)   Nur FaiqahAminuddin

11)   Nur Afrin Najat Binti Mohd Fazli

12)   Farah Iryna Mohd Khairy Ang

13)   Aisyah Batrisyia Azhar

14)   Nur Hanna  Syafirin Hafarizam

15)   Alyssa Dania Nor Azman

16)   Yusratul Umairah Yusfarizal



“Team Catur SKBJ” ini akan mula mendapat latihan intensif  dari jurulatih luar iaitu Sarjan Ismail Ahmad pada 8  – 19  Januari 2013 bertempat di Lobi Catur Sekolah bersama guru-guru pengiring yang telah ditetapkan. Semoga usaha ini dirahmati- NYA  dan membawa kejayaan kepada SKBJ pada MSSD 2013 yang akan berlangsung nanti. Aminn.


GAMBAR SEKITAR PEMILIHAN PEMAIN CATUR MSSD 2013






Laporan disediakan oleh Puan Sadila Mamat

No comments: